|
*Press F11 to view the page
correctly |
|
Pengenalan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara adalah sebuah sekolah yang baru dibina oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya terletak di sebuah kawasan perumahan baru, bersebelahan dengan Lebuhraya Puchong-Sungai Besi. Penyerahan bangunan sekolah telah dibuat dengan rasminya pada 21 Ogos 2001. Lepasnya ia mula beroperasi pada 1 September 2001 dan diterajui oleh Pengetua yang pertama, Puan Noorul-Aini Ambak, dibantu oleh Penolong Kanan, 26 orang guru, 3 orang kakitangan pejabat dan seorang pembantu makmal. Kumpulan murid pertama seramai 445 orang telah memulakan sesi persekolahan pada Januari 2002.Jumlah murid telah meningkat kepada 673 orang pada 2003 dan bilangan guru juga bertambah menjadi 44 orang. Pada tahn 2004 jumlah murid adalah seramai 836 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, dan Tingkatan 4. Bilangan guru pula adalah serami 52 orang. Mulai bulan Oktober 2004 kepimpinan sekolah telah diambil oleh seorang Pengetua baru iaitu Puan Rohani Bt.Mustaffa dan sehingga bulan April 2005 bilangan murid telah bertambah menjadi 985 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bilangan guru juga meningkat kepada 58 orang. |
|